TEMPAT MENARIK DI BENTONG

TEMPAT MENARIK DI BENTONG

TEMPAT PERANGINAN

1. Genting Highlands

Genting Highland terletak di daerah Bentong, Pahang, Ia merupakan destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Anda boleh menikmati keindahan panorama di puncak gunung dalam suhu yang sejuk dan hotel yang menarik. Tarikan utama pelancong ke pusat peranginan ini ialah Genting Highland Theme Park.

Antara yang menarik di Genting Highlands ini ialah:-

  • Perkidmatan Genting Skyway
  • Genting Out of doorways Theme Park
  • First World Indoor Theme Park
  • SnowWorld
  • First World Plaza
  • Genting Global Showroom/Pavilion
  • Padang Golf

Bukit Tinggi Bentong Pahang ialah tempat peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia. Salah satu tarikan utama tempat ini ialah suasana sejuk dan udara yang nyaman. Bukit Tinggi terletak dalam daerah Bentong, Pahang.

Tempat yang menarik di Bukit Tinggi Pahang ini ialah fasiliti, aktiviti dan tempat rekreasi yang disediakan oleh Berjaya Hills Resort. Caj tiket untuk masuk ke sini adalah RM13.00 (Dewasa) dan RM8.00 (Kanak-Kanak). Antara tarikan di Bukit Tinggi ialah :-

  • Colmar Tropical Berjaya Hills ialah hotel penginapan di Bukit Tinggi Pahang. Ia adalah hotel yang unik kerana dibina bertemakan perkampungan Perancis. Suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills membuatkan anda seolah-olah berada di luar negara. Walaupun tidak menginap di sini, pengunjung boleh melawat, menjamu selera, mengikuti aktiviti dan persembahan serta bergambar di lokasi menarik sebagai kenang-kenangan. Antara yang menarik disini ialah ; Stage Performance, menjamu selera di restoran gaya dan hidangan barat
  • Japanese Village ialah salah satu tempat menarik di Bukit Tinggi yang harus dikunjungi. Ia berkonsepkan perkampungan Jepun dan merupakan yang pertama dan satu-satunya yang ada di luar negara Jepun. Pengunjung boleh mempelajari kebudayaan Jepun, cara berpakaian, adat minum teh dan lain-lain lagi. Antara yang terdapat didalam Japanese Village ini adalah; Japanese Backyard, Japanese Tea Dwelling, Tatami Spa, Ume Tatami Suite, Souvenir Shop, Botanical Backyard, Ryo Zan Tei Restaurant. Caj untuk sewa kimono adalah RM20.00.
  • Animal Park ini ialah sebuah taman mini yang menempatkan leih 200 ekor arnab dari berbagai jenis dan beberapa haiwan lain seperti rusa, burung merak dan juga keldai. Pengunjung berpeluang bermain dengan arnab dan rusa yang jinak serta menunggang keldai. Harga untuk masuk ke sini adalah RM3.00
  • Horse Trails – untuk mereka yang gemar menunggang kuda, kunjungi Horse Trails di Bukit Tinggi ini. Terdapat beberapa pakej menarik menunggang kuda yang boleh anda pilih. Bagi anda yang tidak berpengalaman juga boleh mencuba kerana terdapat jurulatih berpengalaman disediakan.
  • Botanical Backyard – Pengunjung yang meminati keindahan flora dan fauna alam semulajadi boleh mengunjungi Botanical garden Bukit Tinggi. Terdapat berbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuk herba, bunga, orkid liar dan lain-lain.

Janda Baik sememangnya terkenal dengan kawasan persekitaran yang sangat nyaman dan tenang kerana lokasinya yang terletak berhampiran kaki bukit.

Bagi mereka yang inginkan percutian dalam suasana yang tenang dan mendamaikan, di sini merupakan lokasi terbaik untuk anda kunjungi. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti ;-

  • Berkelah di tepi sungai
  • Mandi-manda di sungai yang bersih dan sesuai untuk seisi keluarga
  • Berbasikal di sekeliling kampung
  • Menaiki ATV (All Terrain Automobile)
  • Aktiviti Perkhemahan
  • Personnel building

Air terjun Chamang merupakan sebuah pusat rekreasi air terjun dan sungai yang terdapat di daerah Bentong, Pahang. Terletak kira- kira 15 minit dari pusat bandar Bentong dan 80 km dari Kuala Lumpur menjadikan air terjun ini menjadi tumpuan pengunjung terutamanya semasa cuti sekolah.

Kawasan rekreasi Chamang ini dijaga dengan baik oleh majlis perbandaran terutamanya aspek kebersihan kawasan sekitar. Jambatan gantung juga adalah salah satu tarikan yang terdapat disini membolehkan anda melintas sungai tersebut dengan mudah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah aktiviti riadah, berkelah, berkhemah, mandi-manda di sungai, jungle trakking dan berbasikal.

Hutan Lipur Lentang sesuai dikunjungi bagi mereka yang ingin bersantai bersama keluarga Lokasinya mudah diakses kerana terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Karak. Suasana di sekitar kawasan Hutan Lipur Lentang ini sungguh segar dan mendamaikan dengan bunyi unggas yang deruan airnya. Di bahagian bawah air terjunnya, ianya landai dan airnya tidak deras menjadikan ianya sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda dan juga untuk keluarga berkelah di tepian tebing sungai tersebut.

Di sini juga terdapat kawasan khusus untuk berkhemah dan juga terdapat kemudahan tandas dan bilik air/bilik mandi. Kawasan untuk melakukan aktiviti berkumpulan juga diwujudkan di sini iaitu tempat berhimpun dan melakukan aktiviti sukaneka.
Manakala di bahagian atas kawasan air terjun ini, boleh dilalui menggunakan kereta, terdapat air terjun yang agak deras dan agak tinggi. Untuk merasai kesejukan air terjun, di sinilah tempatnya.

3. Dusun Eco Resort

Dusun Eco Resort bertemakan Eco- Tourism. Nama-nama chalet dan dewan dinamakan dengan nama-nama bunga, ikan, burung-burung dan pokok-pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan tropika dalam Negeri Pahang. Dusun Eco Resort terletak di dalam hutan simpan dan kawasan tadahan hujan Sungai Poh, Bentong, Pahang. Kehijauan dan keindahan alam semulajadinya menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota dan menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti dengan harga yang berpatutan.

Hanya Forty five minit perjalanan daripada Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur / Karak. Pengalaman berekreasi di tengah-tengah kehijauan hutan pastinya membawa kenangan yang tidak dilupakan. Jauh dari keriuhan kota, pengunjung berpeluang berjalan di dalam hutan sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan suasana penuh kehijauan atau rasai kesejukan air bukit yang disalur terus ke kolam mandi yang disediakan. Aktiviti kembara malam membolehkan pengunjung merasai suasana kegelapan di dalam hutan dan cabaran meneroka hutan dalam suasana kehijauan yang penuh kegelapan.

Dusun Eco Resort menyediakan aktiviti-aktiviti yang akan membantu membangunkan peserta dari segi mental dan fizikal seperti Flying Fox, Rentas Halangan, Jungle Trekking dan Rock Climbing.

SEJARAH & KEBUDAYAAN



1. Muzium Lurah Bilut

Pada tahun 2005, YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah merasmikan Muzium Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) di Lurah Bilut, Bentong, Pahang Darul Makmur. Bangunan Muzium Felda Lurah Bilut ini pada asalnya ialah sebuah pejabat lama Felda yang telah dibina pada Julai 1958 yang telah diubahsuai. Kerja-kerja mengubahsuai bangunan tersebut sebagai muzium telah bermula pada bulan Februari 2005 dengan mengekalkan ruang pejabat asal.

Lurah Bilut telah dipilih sebagai tapak Muzium Felda kerana FELDA Lurah Bilut merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok yang pertama ditubuhkan di Malaysia dan pada 2 Ogos 1959, kumpulan pertama seramai 30 orang peneroka telah mula menduduki tanah rancangan ini. Pada hari ini Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhan.

Sesungguhnya pencapaian dan kejayaan FELDA selepas ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah ( Land Pattern Ordinance) 1956, kini telah menjadi satu organisasi sosio ekonomi yang terbesar terbabit dalam pembangunan negara sehingga menjadi contoh serta ikutan kepada negara Islam dan negara yang sedang membangun.

2. Laluan Kebudayaan Bentong

Bentong Hurry dijangka akan menjadi tarikan pelancong di daerah ini. Ia diinspirasikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Bentong lebih dikenali sebaris dengan halia Bentong dan durian Musang King. Selain kaya dengan sumber semulajadi dan pemandangan indah, pelancong juga mampu mempunyai kenangan manis lain ketika melalui pesta Kebudayaan di Bentong Hurry ini sekaligus dapat menjana ekonomi penduduk.

Banyak keistimewaan lain ditawarkan kepada pengunjung untuk memperkenalkan Bentong kepada pelancong dalam dan luar negara secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *