Mari kita menakluk puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan dengan ketinggian 2,187 m!  Jika anda cukup berani untuk naik dan turun gunung, menyeberangi sungai, melakukan perjalanan jarak jauh dan berkhemah tempat menarik di Jerantut, Gunung Tahan di Jerantut ini mungkin akan memberi pengalaman terbaik untuk anda lalui.

Di sini, terdapat beberapa laluan yang perlu anda tempuhi.  Pendaki perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan.  Gunung Tahan yang dikatakan tempat menarik di Jerantut ini terletak kira-kira 53km dari Kampung Kuala Tahan, Jerantut atau 32km dari Kuala Juram, Merapoh.

100% pengunjung yang datang ke sini adalah pengunjung yang akan mendaki gunung ini sebagai pengembaraan baru buat mereka.  Persediaan perubatan dan latihan yang mencukupi sebelum trekking adalah penting untuk mencapai rancangan ekspedisi anda. Bersedia dan berseronoklah dengan pengembaraan anda.

tempat menarik di jerantut

Satu lagi tempat menarik di Jerantut berkonsepkan alam semulajadi yang saya cadangkan ialah Taman Warisan Gua Kota Gelanggi.  Beberapa buah gua seperti Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Tongkat, Gua Kelawar, Gua Kota Balai dan Gua Penyu termasuk di dalam kawasan Taman Warisan ini.  Tahukah anda di tempat inilah yang terkenal dengan mitos Sang Kelembai.

Selain berjalan kaki, anda juga boleh memasuki gua-gua ini dengan kereta. Jika anda meneroka gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk. Taman ini mula dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.  Bayarannya pula seharga RM 5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak- kanak.

Air terjun Lata Meraung ini sememangnya cukup terkenal di Jerantut dan tidak hairanlah jika ia tergolong sebagai salah satu tempat menarik di Jerantut. Air terjun yang terletak di Hutan Lipur Lata Meraung ini terletak 16 km dan hanya mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan sahaja untuk sampai ke sini jika anda datang dari Bandar Jerantut.

Anda dapat bersantai sambil bermandi manda di sini memandangkan suasananya yang dingin, tenang dan damai.  Bukan sahaja suasananya yang berlatar belakangkan alam semulajadi dapat menambat hati pengunjung bahkan airnya yang bersih, jernih serta sejuk membuatkan sesiapa sahaja melihatnya ingin terjun berenang.Tak dilupakan juga, kawasan ini menyediakan kemudahan yang lengkap seperti tandas, tempat letak kereta dan rumah rehat buat pengunjung.

catch

03lata 1541311211

Jangan menyangka bahawa hanya Shah Alam sahaja mempunyai I  Metropolis tetapi Jerantut juga tak kalah hebatnya. Tempat menarik di Jerantut yang disinari lampu berwarna-warni ini merupakan taman permainan dan taman rekreasi terbaru di daerah Jerantut.

Taman permainan yang terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut ini berjaya menambat hati para pengujung untuk datang bersantai bersama keluarga pada waktu malam. Lampu-lampu pada waktu malam adalah tarikan tempat ini terhadap pengunjung.

Majlis Daerah Jerantut berjaya menyediakan kawasan santai dan rehat ini dengan segala kemudahan. Macam-macam aktiviti di sini yang wajib anda cuba seperti kereta api mini, buaian besar yang dikenali sebagai scheme on Jerantut dan juga tidak ketinggalan gerai-gerai untuk anda menjamu selera.

Galeri Mat Kilau yang telah dibina sejak tahun 2015 ini adalah salah satu tarikan pelancong. Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah sekitar daerah Jerantut yang kebanyakannya pahlawan-pahlawan melayu seperti Mat Kilau, Pawang Noh, Tok Gajah dan ramai lagi. Gambar dan barangan lama seperti senjata yang digunakan pahlawan Pahang dahulu kala juga boleh anda lihat di sini. Yang lebih menyeronokkan lagi, pameran di sini memaparkan pelbagai bentuk seperti patung, visible, gambar dan audio untuk menarik minat para pelancong.

Bagi pencinta sejarah, saya syorkan anda datang ke empat ini untuk menimba informasi tentang pahlawan bangsa kita sekaligus dapat memupuk semangat cintakan tanah air apabila mengenang jasa mereka. Galeri ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

IMG 20160210 130252