Menarik di Kuala Lipis, Pahang ; tempat-tempat yang mesti dilawati. – Umminani

Menarik di Kuala Lipis, Pahang ; tempat-tempat yang mesti dilawati. – Umminani

Kuala Lipis adalah satu bandar lama di negeri Pahang. Jika sebelum ni hanya mendengarkan namanya, tetapi kali ini saya berjaya menjejaki kaki kesana, melawat ke tempat menarik di Kuala Lipis. Kuala Lipis pernah menjadi ibu negeri kepada Negeri Pahang suatu ketika dahulu sehingga tahun 1955. Tetapi kini dah berubah ke Kuantan.

1) Pekan Kuala Lipis

Percutian ke Kuala Lipis baru-baru ini telah membawa saya ke Pekan Kuala Lipis. Disini kami di bawa ke Titik 0 yang terletak di Hadapan Pejabat Pos Besar Kuala Lipis.Tidak setakat itu, berada di tengah bandar Kuala Lipis juga, membawa kami ke stesen keretapi lama, iaitu yang dibina pada tahun 1926.

Jika menyusuri sejarah di Kuala Lipis, selepas Stesen Keretapi Kuala Lipis dibina, ada pula hostel yang dibina di Sek Men Clifford. Iaitu sekolah yang berada tak jauh dengan Stesen Keretaapi ini. Ianya seolah-olah pada tahun 1926 adalah tahun pembangunan kepada masyarakat di Kuala Lipis.

2) Titik 0 , Pejabat Pos Besar dan Medan Tangga, Kuala Lipis

pekan kuala lipis

Jika berada di tengah Pekan Kuala Lipis, sebagai orang luar pastinya kita ingin mencuba makanan yang sedap-sedap dan citarasa tradisi Kuala Lipis. Maka, jangan lupa berjalan sedikit kehadapan daripada titik 0, anda akan temukan dengan Medan Tangga. Disini antara menu yang menjadi tumpuan adalah pulut dengan rendang. Tetapi , namanya pun Medan Tangga, maka ada 100 anak tangga kena lalui untuk sampai ke bahagian bawah yang menempatkan kedai makanan. Datang awal pagi adalah paling terbaik, ini kerana jumlah makanan yang disediakan tidak banyak, jika lewat sudah pasti kehabisan. –

3) Masjid Negeri 1888, Kuala Lipis Pahang

masjid negeri Pahang

Jika dah melalui pekan Kuala Lipis, anda akan lalu pada satu jalan ini yang mana akan nampak di sebelah kiri ada sebuah masjid berwarna hijau. Keistimewaannya masjid ini adalah, ia dibina pada tahun 1888 tahun dahulu. Dan masih mengekalkan seni binaannya yang lama. Ianya pernah dijadikan sebagai masjid negeri pada ketika Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang. Recordsdata yang mungkin ramai tak tahu adalah masjid ini tidak tenggelam pada ketika banjir besar di Pahang beberapa tahun lalu.  Walaupun disekitar masjid air naik sehingga 8 kaki tinggi, tetapi masjid ini tidak ditenggelami air. Ajaib kan..inilah kekuasaan Allah swt.

4) SMK Clifford, Kuala Lipis

Jika dah melalui Pekan Kuala Lipis, rugi jika tidak ambil peluang singgah ke SMK Clifford. Ini adalah sekolah yang mana telah melahirkan ramai orang yang berjaya termasukkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin, penyanyi nombor 1 negara kita dan bebapa lagi tokoh yang pernah menjadi sebahagian orang penting dalam negara. Dan siti juga pernah menyumbangkan signal board utama bagi sekolah ini.

5) Pejabat Daerah Kuala Lipis

pejabat daerah kuala lipis

Bergerak kehadapan tidak jauh daripada sekolah ini, adalah bangunan lama iaitu bangunan Pejabat Daerah Kuala Lipis. Bangunan ini juga telah di istiharkan sebagai bangunan heritage di Kuala Lipis. Bermakna bangunan yang siap dibina pada tahun 1919 ini akan terus diperlihara dan dijaga dari segi struktur binaan dan sejarahnya.

6) Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris)

tempat menarik di Kuala Lipis tempat lawatan kelab blogger ben ashaari - rumah residensi Kuala LIPIS
tempat menarik di Kuala Lipis tempat lawatan kelab blogger ben ashaari rumah residensi

Rumah rehat kediaman bekas Residen Inggeris, Sir Hugh Clifford. Ia adalah antara peninggalan sejarah pemerintahan British di Malaysia. Kini, tempat ini merupakan rumah rehat kerajaan. Tetapi tidak lagi meriah seperti suatu ketika dsahulu. Di dalamnya ada sudut muzium bagi mempamerkan bahan-bahan sejarah. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1922 dan dijadikan kediaman bagi residen inggeris pada ketika itu.

tempat menarik di Kuala Lipis tempat lawatan kelab blogger ben ashaari

7) Muzium Warisan Lipis

tempat menarik di Kuala Lipis  - Muzium Warisan Lipis

Jika sampai ke Kuala Lipis, pastinya muzium salah satu lokasi untuk pelancong mendapatkan maklumat atau sejarah terdahulu bagi sesuatu tempat. Begitu juga dengan Kuala Lipis, jika sampai kesini, pastikan dalam perancangan perjalanan anda, ada Muzium Kuala Lipis. Disini dapat saksikan dengan pandangan mata sendiri beberapa peralatan, pakaian dan koleksi gambar lama yang menjadi bahan sejarah kepada Kuala Lipis.

8) Taman Eco Rimba, Kuala Lipis

Taman Eco Rimba ni sangat special, jika anda seorang yang sukakan alam, maka inilah pilihan yang paling easiest. Boleh home untuk pergi dalam kumpulan yang besar barulah meriah.

Untuk ke Kampung Dusun, perlu melalui sungai. Jika bernasib baik , arusnya biasa. Tetapi agak mencabar untuk menyeberang sekiranya pada malamnya hujan.

Kami kenal melalui KBBA9

Menyusuri sungai Kuala Lipis menggunakan beberapa bot. Air agak keroh kerana waktu kami sampai, air tengah pasang kerana pada malam sebelumnya hujan.

Dalam Kampung Dusun ini hanya ada beberapa buah kenderaan sahaja. Cuma kami dibagitahu, selepas ini pengunjung yang datang, kemungkinan akan disambut menggunakan 4×4.

Gua Batu Tangga –

Setelah berjalan lebih kurang 45minit, kita akan menemukan dengan sebuah gua lama. Ianya dikenali dengan Gua Batu Tangga. Ianya adalah kesan yang mana pada dahulunya, dikatakan ia sama paras dengan air laut.

Batu-batu yang terbentuk adalah menyerupai tangga.

Meneruskan perjalanan adalah Gua Batu Tangkup. Sini agak mencabar kerana untuk UN sampaiokat atas ni perlu memanjat satu lalui yang sangat tinggi.

Nasi Kebuli –

Nasi Kebuli diperkenalkan di kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis. Kewujudan nasi ini bermula apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kenong.

Proses memasak nasi kebuli mengambil masa 1-2 jam bergantung kepada berapa banyak yang dimasak. Begitu juga dengan jumlah ayam yang bakal dimasak untuk sesekali makan.

Nasi Kebuli dimakan begitu sahaja tanpa kuah. – Boleh lihat cara pembuatannya disini.

Jadi jika anda memilih untuk dekat dengan alam, boleh jadikan Taman Eco Rimba sebagai salah satu lokasi kembara.

Menarik di Kuala Lipis dan Bentong – wajib singgah.

SEKIAN, ini sahaja perjalanan saya ke Pekan Kuala Lipis tetapi ada banyak lagi kawasan menarik yang bakal saya kongsikan. Buat masa ini, bolehlah senaraikan Kuala Lipis sebagai salah satu lokasi percutian bersama keluarga dan juga rakan-rakan ke tempat – tempat menarik di Kuala Lipis. Selamat bercuti dan meneruskan kembara kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *