7 Tempat Menarik Di Bentong [2024] (No #6 memang totally !) – Coklat Vanilla

7 Tempat Menarik Di Bentong [2024] (No #6 memang totally !) – Coklat Vanilla

Hari ini CV nak bawa anda berjalan-jalan ke Bentong, Pahang. Jommm!
Sebenarnya Bentong adalah tanah tumpah darah CV sendiri. Ha bila dah cerita pasal kampung sendiri, mestilah yang real life punya skills kan? Jadi jom siapa nak dengar cerita sebenar pasal Bentong.

Berikut adalah 7 tempat menarik di Bentong yang CV nak rekemenkan.

#1 Lemang To’ki

Tempat menarik di Bentong yang first sekali CV nak bawa anda ialah Lemang To’ki. Ha mesti semua pernah dengar kan? Bagi mereka yang suka konvoi motor, tempat ini menjadi tidak asing lagi. Tiap-tiap minggu pasti ada yang berkonvoi ke Lemang To’ki.

tempat menarik di Bentong
Lemang Toki

Lemang To’ki terletak di Chamang. Lebih kurang 3 kilometer dari bandar Bentong. Apa yang special kat Lemang To’ki ni? Specialnya ialah lemang! Ya lemangnya special sebab tiap-tiap hari ada dijual. Bukan hanya tunggu raya baru ada tau.

Jadi buat penggemar-penggemar lemang, bolehlah datang ke Lemang To’ki bila-bila masa. Ada yang siap datang nak helikopter tau semata-mata nak makan lemang To’ki.

Ia jadi tarikan bukan hanya orang Bentong, tetapi orang di seluruh Malaysia. Kalau datang Bentong, mesti nak singgah Lemang To’ki.

Lemang To’ki ada banyak cawangan sekarang. Kat Bentong ada 2 kedai. Dekat Sungai Buloh pun ada baru buka di Kipmall. Boleh baca menu menarik Lemang Toki Sungai Buloh di sini. Tapi yang femes dekat Chamang tu lah.

#2 Air Terjun Chamang

Okay lepas ni kita nak ke Air Terjun Chamang pulak. Lepas dah makan lemang, boleh lah kita berehat-rehat sebentar di Air Terjun Chamang. Sebuah air terjun yang sangat popular di Bentong. Sudah tentu Air Terjun Chamang menjadi pilihan tempat menarik di Bentong.

Dulu masa CV kecik-kecik, memang tempat inilah jadi port melepak. Boleh kata tiap-tiap minggu pergi.

Kat Air Terjun Chamang ni apa yang totally nya? Dah tentulah air terjunnya. Airnya sangat jernih dan bersih. Sungguh seronok bermandi-manda di sana.

tempat menarik di Bentong
Air Terjun Chamang

Ada kawasan yang dalam, ada kawasan yang cetek. CV paling suka mandi dekat bawah air terjun tu. Boleh major gelongsor lagi. Dulu berani lah, sekarang tak tau lah.hehehe

Tapi kat sini kena jaga-jaga, kadang-kadang ada kepala air. Kepala air tu yang air besar datang tiba-tiba. Sangat bahaya. Tapi jaranglah berlaku. Setakat ni admin tak pernah lagi stay tengok kepala air. Tengok dalam gambarlah selalu.

Ada juga yang datang sini dengan keluarga untuk berkelah. Ada tepi-tepi sungai kawasan yang sesuai untuk berkelah bersama anak-anak kecil.

#3 Janda Baik

tempat menarik di Bentong
Janda Baik

Tempat menarik di Bentong yang seterusnya ialah Janda Baik. Dengar nama saja sudah mengancam bukan. Ya, banyak tempat yang menarik di sini.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Janda Baik yang saya pernah ceritakan sebelum ni di posting yang lain. Cuma di sini saya membuat kesimpulan berkenaan tempat-tempat menarik di Janda Baik.

Janda Baik adalah suatu tempat yang sungguh nyaman. Kedudukan yang agak tinggi dan jauh dari kota menyebabkan suasana di Janda Baik sangat menenangkan. Cuacanya sejuk dan aman.

Jika bermandi-manda boleh ke Pulau Santap, jika nak berehat-rehat boleh ke Cheringin Hills, jika nak bercamping boleh ke ABC Campsite. Banyak lagi tempat-tempat totally di Janda Baik.

Jika admin nak cari rumah idaman, memang Janda Baik adalah tempatnya. Kedudukannya yang agak jauh dari kota mungkin menyebabkan keadaan Janda Baik masih terpelihara. Air sungainya yang jernih. Tiada pencemaran.

Sangat sesuai Janda Baik ini dijadikan tempat berehat. Anda juga boleh mengembara di hutan Janda Baik ini. Kawasan yang selamat dan sangat menyeronokkan.

Nak baca lebih banyak tentang Janda Baik boleh baca di sini tempat menarik di Janda Baik.

#4 Genting Highland

Seterusnya tempat menarik di Bentong yang kita akan pergi ialah ke Genting Highland. Tak jauh dari Janda Baik. Genting Highland juga masih terletak di Bentong. Kalau nak ke Genting Highland dari bandar Bentong mungkin mengambil masa 30-40 minit.

tempat menarik di bentong
Genting Highland

Biasanya sampai ke Genting Sempah (berdekatan terowong Freeway Karak) dalam 15 minit, naik ke atas puncak Genting Highland dalam 30 minit.

Kalau dulu-dulu boleh kata hari-hari ke Genting Highland. Buat apa? Hantar surat.hehe. Masa tu kerja hantar surat ke Genting. Memang merasa lah feel pepagi sejuk-sejuk naik Genting.

Ingat lagi satu outing naik Genting eksiden. Selekoh baik punya, sekali terbaring atas jalan. Dengan tangan berdarah tu pergi hantar surat.

Balik bos tanya, “Haiya, kenapa you tak bagitau eksiden? Itu Akak monetary institution baik tau.”

CV jawab, “Takpelah bos, jatuh sikit sahaja. Tapi surat sudah koyak sikit.hehehe.”

Itulah sedikit cerita kenangan kerja hantar surat dulu.

K sambung balik. Sebab apa Genting Highland jadi pilihan tempat menarik di Bentong?

Sebabnya kat Genting Highland ni ada taman tema. Kanak-kanak suka lah tempat macam ni. Ada taman tema luar dan taman tema di dalam. (Indoor dan exterior). Sekarang dua-dua dah buka untuk pengunjung.

Selain tu, cuaca dekat sini sangat sejuk. Kadang-kadang bila bercakap pagi-pagi macam keluar asap. Sejukkk!

Di Genting Highland ni ada banyak pilihan hotel-hotel. Pilih saja yang mana anda suka. Yang bestnya semua sejuk-sejuk belaka.

Kalau nak rasa feel duduk oversea boleh lah pergi ke Genting Highland. Patutlah Genting Highland termasuk dalam list tempat menarik di Bentong.

#5 Hutan Lipur Lentang

Tempat menarik di Bentong
Hutan Lipur Lentang

Dah sejuk-sejuk dekat atas, kita turun bawah pulak. Lepas ni kita pergi ke Hutan Lipur Lentang. Hutan Lipur Lentang juga menjadi pilihan tempat menarik di Bentong bagi CV. Lokasinya adalah dekat Lebuhraya Karak. Ianya terletak di antara KL dan bandar Bentong.

Yang bestnya dekat Hutan Lipur Lentang ini ialah air sungainya yang jernih dan bersih. Suasananya adalah seperti berada di hutan yang penuh hening disamping kicauan burung yang merdu.

Sangat sesuai jika nak berkelah bersama anak-anak kecil kerana kebanyakan kawasan di Lentang ini airnya cetek. Jadi mudah untuk menjaga anak-anak dari segi keselamatan.

Ada juga kawasan yang dalam di bahagian atas. Kawasan tersebut juga sesuai untuk muda-mudi jika ingin mandi di kawasan yang lebih dalam.

Di sini banyak tempat-tempat berkelah. Jika datang dengan membawa bekalan ayam dan sosej marinate, pasti sungguh seronok berbabeque sambil menyelam di dalam sungai.

Sebab itulah Hutan Lipur Lentang patut masuk dalam list tempat menarik di Bentong. Jangan korang tak datang tau!

#6 Suria Sizzling Spring

Tempat menarik di Bentong yang seterusnya ialah Suria Sizzling Spring. Dulu orang panggil kolam air panas je. Tapi disebabkan sekarang ada pengurusan baru yang buat chalet di kolam air panas tu jadi diberi nama Suria Sizzling Spring.

Tempat menarik di Bentong
Suria Sizzling Spring

Dekat sini yang seronoknya dah tentulah kolam air panas nya. Tempatnya tak terlalu besar. Kecil sahaja. Namun cukup seronok dan mengujakan sebab jarang ada air kolam di Malaysia ni. Ada beberapa tempat sahaja yang ada.

Kolam air panas di sini Allah jadikan panas. Sangat istimewa. Kalau datang waktu pagi pukul 3-4 pagi macam lagi syok. Mandi air panas waktu sejuk-sejuk. In actuality feel lain macam.

Dulu CV pernah pergi pagi pukul 4 macam tu, kawasan tu sunyi sikit. Sekarang dah chalet maybe dah tak sunyi sangat. Sewa je chalet tu, nanti pukul 3-4 pagi kalau rasa nak mandi boleh terjun terus. 🙂

#7 Bukit Tinggi

Dan yang terakhir tempat menarik di Bentong ialah Bukit Tinggi Pahang. Di sini tak payah cakaplah memang banyak tempat yang totally.

Tempat menarik di Bentong

CV ada cerita panjang lebar pasal bukit tinggi ni di posting yang lain. Tapi CV nak masukkan juga dalam senarai tempat menarik di Bentong sebab Bukit Tinggi ini terletak di Bentong. Jika nak baca cerita lebih pasal Bukit Tinggi boleh ke posting Tempat Menarik di Bukit Tinggi ni.

Apa yang CV nak simpulkan Bukit Tinggi memang tempat yang aman. Kenderaan tak banyak di sana, suasana cukup aman dan tenteram.

Jika sesiapa yang nak tenangkan fikiran dari kehidupan kota sangat sesuai datang ke Bukit Tinggi.

Nak rasa feel duduk Perancis boleh ke Colmar Tropicale. Nak feel duduk Jepun boleh pergi ke Japanese Village. Nak feel cinta-cinta boleh ke Botanical Backyard.

Macam-macam tempat boleh pergi di Bukit Tinggi Pahang ni. CV memang sarankan sesiapa yang nak bawa keluarga berjalan untuk ke Bukit Tinggi. Pasti tak menghampakan anda semua.

Baik, begitulah 7 tempat menarik di Bentong yang dapat CV kongsikan. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang lain. Jika ada kesempatan CV akan update lagi in shaa Allah.

Baca juga: Tempat Menarik di Pahang

Jika ada yang singgah Bentong, roger2 lah CV ye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *