10 Tempat Menarik Di Temerloh [Disappear back and forth] | Melancong.my

10 Tempat Menarik Di Temerloh [Disappear back and forth] | Melancong.my

Dekat mana Temerloh tu? Apa tempat menarik di Temerloh yang ramai orang kunjungi? Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Temerloh?

Hah! Memang ramai yang tanyakan soalan tentang Temerloh Pahang ini. Sesiapa yang meminati masakan ikan patin, pasti dia tau pasal Temerloh.

Terletak di tengah Pahang, daerah Temerloh merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana ia kaya dengan tarikan semula jadi dan makanan yang menyelerakan.

Temerloh merangkumi pekan kecil seperti Mentakab, Kerdau, Kuala Krau dan Lanchang. Orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap alam semula jadi pasti akan menyukai daerah ini.

Pekan ini adalah rumah kepada banyak kampung dan terkenal dengan bekalan ikan patin (cat fish).

Bagi kebanyakan penduduk bandar, pengalaman hidup di kampung adalah notion yang jauh lebih baik dan Temerloh menyediakan percutian ini.

Promo Banner Cameron Highlands

Oleh itu, mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik yang ada di Temerloh.


Dataran Patin

Dataran-Patin-CY-Lee
Dataran Patin | Imej oleh: C Y Lee

Temerloh begitu terkenal dengan keenakkan hidangan ikan patinnya. Rugilah jika anda sudah ke Temerloh tetapi tidak mencuba hidangan ini.

Dataran Patin ini terletak di pesisir Sungai Pahang yang berhampiran dengan Taman Esplanade.

Di sini terdapat restoran yang menyediakan pelbagai menu menarik berasaskan ikan patin seperti ikan patin masak tempoyak.

Patin-Cendol-Azrul-Hasli
Patin Masak Tempoyak & Cendol | Imej oleh: Azrul Hasli

Untuk ke restoran ini anda perlu berjalan kaki untuk melalui jambatan gantung bagi merentasi Sungai Pahang.

Selera anda pasti lebih terbuka apabila menikmati hidangan sambil melihat permandangan Sungai Pahang yang terbentang luas!


Taman Tema Air Kubang Gajah

Kubang-Gajah-Waterpark
Kubang Gajah Waterpark

Kubang Gajah Waterpark: Ingin membawa anak-anak anda berseronok di taman tema air? Jom kunjungi Taman Tema Air Kubang Gajah yang terletak di Kampung Sungai Rabit.

Taman tema ini beroperasi seawal jam 9 pagi dan mempunyai beberapa permainan air yang menarik seperti mini zoo.

Kubang-Gajah-Waterpark-Mohd-Riduan-Ishak
Mercu Kubang Gajah Waterpark | Imej oleh: Mohd Riduan Ishak

Tambahan lagi bayaran masuk yang dikenakan bagi orang dewasa dan kanak-kanak begitu berpatutan!


Deerland Park

Deerland-Park-Lanchang-Pahang-Ticket-Cheong
Deerland Park Lanchang Pahang | Imej oelh: Ticket Cheong

Deerland merupakan sebuah lokasi pelancongan yang begitu menarik untuk dilawati terutamanya dalam kalangan pencinta alam semulajadi.

Lokasi yang diusahakan oleh Encik Abdullah ini mula siap dibina pada tahun 1996. Diantara haiwan yang terdapat di sini adalah burung unta, rusa timur, rusa nilga, itik kayu dan banyak lagi.

Ular-Sawa-di-Deerland-Park-Winnie-KL
Ular Sawa di Deerland Park | Imej oleh: Winnie KL

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat tanaman herba, bersantai di pondok memerhati serta menikmati air herba.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah menyumpit, jungle tracking, memerhati brung, memasak, evening walking, memancing serta jogging.


Pusat Pemuliharaan Seladang

Pusat-Pemuliharaan-Seladang-Nurfarahanim-Yasoa
Pusat Pemuliharaan Seladang | Imej oleh: Nurfarahanim Yasoa

Seladang (Bos gaurus) merupakan haiwan kedua terbesar yang terdapat di Malaysia selepas gajah dan turut mengalami kepupusan.

Apabila berkunjung ke Temerloh jangan lepaskan peluang anda untuk melawat ke Pusat Pemuliharaan Seladang.

Pusat-Pemuliharaan-Seladang-Jawahir-Jaafar
Anak Seladang | Imej oleh: Jawahir Jaafar

Di sini anda boleh berjalan kaki untuk mengelilingi kandang-kandang selandang. Menariknya tentang seladang yang terdapat di sini kerana mereka mempunyai nama timangan mengikut jantina.

Antaranya Noni, Pooja, Ciku, Mawar, Michael, Ogy dan banyak lagi.


Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Krau

Krau-Flowers and fauna-Reserve-Mohd-Azriq
Krau Flowers and fauna Reserve | Imej oleh: Mohd Azriq

Krau Flowers and fauna Reserve: Satu lagi tarikan berkonsepkan alam sekitar yang perlu anda kunjungi di Temerloh ini adalah Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Krau.

Ia merupakan pusat pemuliharaan yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang mula ditubuhkan pada tahun 1923.

Bermain-air-bersama-anak-gajah-Krau-Rashid-Kasim
Bermain air bersama anak gajah Krau | Imej oleh: Rashid Kasim

Di sini turut menempatkan stesen penyelidikan bagi mengkaji tentang primata, kelawar dan burung. Lokasi ini merupakan habitat utama bagi spesies seladang yang turut didiami oleh orang asli.


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Kuala-Gandah-Nationwide-Elephant-Conservation-Centre-Fareez-Azril-MZ
Kuala Gandah Nationwide Elephant Conservation Centre | Imej oleh: Fareez Azril

Kuala Gandah Nationwide Elephant Conservation Centre: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan sebuah destinasi pelancongan yang begitu terkenal di Malaysia.

Di sini anda boleh melihat aktiviti anak gajah, menonton dokumentari proses menyelamat gajah liar, melihat gajah dimandikan, memerhati gajah di kawasan hutan dan banyak lagi.

Setiap aktiviti ini telah ditetapkan mengikut waktu operasi, jadi anda boleh mendapatkan jadualnya terlebih dahulu untuk merancang waktu anda.


Gunung Senyum

Gunung-Senyum-Diong
Gunung Senyum | Imej oleh: Diong

Jika anda inginkan aktiviti yang mencabar anda boleh memilih Gunung Senyum sebagai lokasi pendakian bagi memenuhi masa cuti anda.

Gunung Senyum ini mempunyai 25 buah gua yang unik seperti mengalami proses stalagtit dan stalagmit, tempat bersiram puteri bunian, gua yang menyimpan 19 pasang batu nisan dan banyak lagi.

Bagi menyingkap sejarah gunung yang berketinggian 486 meter ini, jom luangkan cuti anda di sini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pejabat Hutan Daerah Temerloh, 28000, Temerloh, Pahang, Jengka Reserve Wooded self-discipline Kuala Krau


Pekan Sehari Temerloh

Pekan-Sehari-Temerloh-Khairul-Aime
Pekan Sehari Temerloh | Imej oleh: Khairul Aime

Ingin merasai kehidupan pagi di Temerloh? Jom ke Pekan Sehari Temerloh yang beroperasi pada hari ahad seawal jam 7 pagi.

Keunikan pekan ini kerana ia dikatakan merupakan yang terbesar di semenanjung Malaysia yang mempunyai sekitar 1000 peniaga!

Lokasi yang beroperasi sepanjang 2000 meter ini menawarkan pelbagai barangan menarik dan makanan signature Temerloh iaitu ikan patin tempoyak.


Vanilla Temerloh

Vanilla-Temerloh
Vanilla Temerloh

Melancong ketika cuaca yang panas pasti lebih menenangkan jika anda pekena aiskrim! Jom ke Vanilla Temerloh bagi menikmati keenakkan aiskrim yang dihasilkan menggunakan perisa vanilla buatan tempatan.

Di sini anda bukan sahaja boleh menikmati aiskrim vanilla dengan pelbagai topping, malah anda boleh melihat kebun vanilla yang diusahakan oleh mereka.

Di sini turut terdapat jeli kelapa dan nasi kandar untuk anda menjamu selera. Anda juga boleh ke Hogoh De Coco untuk menikmati keenakkan coconut shake di Temerloh.


Warong Selai

Warong-Selai-CikD
Warong Selai | Imej oleh: CikD

Buntu mencari lokasi untuk menjamu selera apabila berada di Temerloh? Jom kunjungi Warong Selai yang menyajikan hidangan melayu dan barat.

Antara menu yang ditawarkan adalah chicken grilled, spaghetti, brownies, mee kari, lontong dan banyak lagi.

Menu-menyelerakan-di-Circulation-Selai-Yosoy-Kai
Menu menyelerakan di-Circulation Selai | Imej oleh: Yosoy Kai

Menariknya tentang restoran ini kerana menggunakan hiasan dalaman yang klasik dan pasti memukau pandangan anda.

Jadi tidak hairanlah jika orang ramai begitu asyik bergambar apabila berkunjung ke sini!


Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *