10 Tempat Menarik di Perlis untuk Percutian Keluarga

10 Tempat Menarik di Perlis untuk Percutian Keluarga

Tempat Menarik di Perlis – Ada rancangan nak bawa keluarga pergi jalan-jalan tahun depan? Dah nak hujung tahun dah ni, tapi tak perlu risau sebab anda masih ada masa untuk bercuti dengan keluarga tahun depan. Ke mana kita nak pergi kali ini? Berdasarkan tajuk artikel ini sahaja, anda dah tentu tahu kita nak pergi mana.

Ada ke tempat menarik di Perlis? Negeri kecil je tu. Jangan main-main, Perlis pun gempak tau. Perlis memang negeri terkecil di Malaysia, tapi nilai keunikannya antara yang terbesar dari negeri-negeri jiran yang lain. Ia ada banyak tempat-tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga. Jom tengok apa yang menarik di sana!

10 tempat menarik di Perlis untuk seisi keluarga:

Taman Rekreasi Tasik Melati

Jambatan Tuanku Syed Putra

Canopy Whisk SPF Ayer Keroh

Taman Ular Dan Reptilia Perlis

Tempat Menarik Di Perlis

1. Gua Kelam

Gua Kelam - Tempat Menarik di Perlis

Gua Kelam, antara ciptaan semula jadi yang sangat unik dan indah. Siapa takkan tergamam dengan kemegahan gua ini, yang memberikan charisma misteri, ngeri dan pada masa yang sama, tenang. Inilah masa terbaik untuk bawa keluarga menikmati keindahan alam semula jadi ini, sementara ia masih ada dan masih terjaga.

Gua ini berhampiran dengan Kangar, jadi, jika anda melalui Kangar, anda boleh singgah menikmati gua batu kapur yang sudah sekian lama masih bertahan dan berkongsi tarikannya dengan keluarga.

Alamat: Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis

Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang (setiap hari minggu kecuali Rabu) dan 9 pagi – 6 petang (setiap hujung minggu)

2. Tasik Timah Tasoh

Tasik Timah Tasoh - Tempat Menarik di Perlis

Anda mungkin tak tahu fakta ini, tapi terdapat tasik rekaan manusia yang kini menjadi tarikan utama di Perlis, iaitu Tasik Timah Tasoh. Tasik ini mempunyai latar belakang gunung-ganang dan langit yang terbuka. Ia menjadikannya lebih unik dan mahal di mata mereka yang sukakan fotografi serta alam sekitar.

Tasik ini juga merupakan tempat yang strategik untuk anda melihat spesies burung yang pelbagai. Di tasik ini sahaja telah merekod kehadiran lebih 140 spesies burung di sekitarnya. Tidakkah itu kedengaran menarik untuk berehat bersama keluarga, bersantai sambil menikmati alam semula jadi di sekeliling?

Alamat: Dataran Empangan Timah Tasoh, Perlis

3. Bukit Keteri

Bukit keteri - Tempat Menarik di Perlis

Anda pernah bawa keluarga anda mendaki sebelum ini? Ini masa yang sesuai untuk membuat aktiviti baru secara berkeluarga! Tapi mungkin jangan paksa nenek anda mendaki sekali, nanti health center menjadi tempat utama anda menghabiskan masa bersama.

Bukit Keteri menjadi pilihan para pendaki untuk menghabiskan masa ketika berkunjung ke Kangar. Bukit ini terletak 66 meter di atas paras laut, ia masih berada di tahap yang tidak terlalu ekstrem untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam mendaki. Anda patut cuba menerokai bukit ini sebelum anda pulang dari Perlis.

Alamat: Kampung Bukit Keteri, Perlis

4. Hutan Lipur Bukit Ayer

Kalau mendaki bukit mungkin terlalu mencabar untuk anda dan keluarga, apa kata menerokai Hutan Lipur Bukit Ayer? Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan hutan simpanan yang dijaga rapi untuk memelihara kesejahteraan flora dan fauna di Perlis.

Di sini, anda boleh melakukan aktiviti yang lebih tenang dan santai seperti berkhemah, barbeku dan bermandi-manda. Tapi sebelum anda pergi, adalah lebih baik untuk periksa tarikh anda ingin ke sana dengan betul. Kadangkala musim hujan boleh tempias ke Perlis dalam bulan-bulan tertentu dan ia pasti akan mematikan keseronokan yang dirancang bersama.

Alamat: Berhampiran Hutan Simpan Bukit Bintang

Harga kemasukan: RM 2.00 – 5.00 (Dewasa), RM 1.00 – 3.00 (Kanak-kanak berumur 6 – 17 tahun)

Waktu operasi: 7.00 pagi hingga 6.00 petang (Setiap hari)

5. Taman Negeri Perlis

Taman Negeri Perlis - Tempat Menarik di Perlis

Sebuah lagi hutan simpan yang menarik di Perlis, iaitu Taman Negeri Perlis. Perlis amat kaya dengan inisiatif mereka untuk memelihara hutan-hutan yang ada dan ini antara beberapa hutan simpanan yang menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara.

Siapa yang tak suka dikelilingi dengan udara yang segar, air yang jernih dan suasana yang jauh dari kesibukan dunia? Di sini anda juga boleh terokai gua batu kapur yang boleh diakses dengan mudah. Ia lokasi yang terbaik untuk bersantai bersama keluarga. Tambahan lagi, keadaan sekeliling dan di dalam gua batu kapur itu boleh menjadi lokasi menarik untuk menangkap gambar sebagai memori.

Alamat: Berhampiran Hutan Simpan Wang Mu

Harga kemasukan: RM 2.00 – 5.00 (Dewasa), RM 1.00 – 3.00 (Kanak-kanak berumur 6 – 17 tahun)

Waktu operasi: 7.00 pagi hingga 6.00 petang (Setiap hari)

6. Taman Rekreasi Tasik Melati

Taman Rekreasi Tasik Melati - Tempat Menarik di Perlis

Seperti yang dinyatakan, Perlis terkenal dengan tarikan alam semula jadinya. Taman Rekreasi Tasik Melati merupakan tasik kecil yang memiliki lebih daripada 150 buah pulau beting pasir lalu membentuk satu taman yang sangat unik.

Jika anda lihat dalam gambar sahaja, ia dah nampak seperti lokasi perfileman antarabangsa. Strukturnya yang menarik memboleh pengunjung melihat burung dan hidupan laut di sekeliling tasik. Di sini, anda boleh habiskan lebih masa berkualiti bersama keluarga. Ia tenang dan anda boleh bersantai saja bersama keluarga.

Alamat: Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar

7. Jambatan Tuanku Syed Putra

Jambatan Tuanku Syed Putra - Tempat Menarik di Perlis

Jambatan ini bukan seperti jambatan biasa kerana warnanya sahaja dah boleh menarik perhatian penggemar fotografi untuk mencuri memori ketika berada di Perlis. Jambatan yang dihiasi dengan warna-warna pelangi membuatkan ia lebih menyerlah dari jauh.

Jambatan ini asalnya dibina untuk komuniti di situ. Ia berfungsi untuk menyatukan Kampung Across Tok Pi dengan Kampung Seberang Ramai dan pada 2013, jambatan yang ada sekarang telah siap sepenuhnya untuk kegunaan penduduk di situ dan pengunjung yang ingin melihat keunikan jambatan ini.

Alamat: Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis

8. Pintu Wang Gunung

Pintu Wang Gunung - Tempat Menarik di Perlis

Anda ingin lebih cabaran dalam pendakian? Pintu Wang Gunung bukan sahaja mempunyai nama yang unik, namun bentuk gunungnya juga menjadi tarikan kepada mata yang melihatnya. Di puncak, anda boleh lihat bentuk batu yang sangat unik. Itulah lokasi mahal untuk pendaki-pendaki bergambar sejurus mereka tiba di puncak.

Ingin tahu fakta yang lebih menarik? Gunung ini menjadi sempadan semula jadi antara Malaysia dengan Thailand. Anda boleh nampak kelibat negara Thailand ketika berada di puncak gunung di satu bahagian dan melihat suasana Malaysia di satu bahagian yang lain. Menarik, bukan?

Alamat: Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis

9. Canopy Whisk SPF Ayer Keroh

Baiklah, kita takkan sentuh tentang hutan dan gunung lagi, kali ini, kita pergi ke aktiviti unik di Perlis, iaitu Canopy Whisk SPF Ayer Keroh atau Titian Silara SPF Ayer Keroh. Ini mungkin akan membuatkan orang gayat rasa sedikit seram untuk melalui titian sepanjang 100 meter dengan ketinggian 17 meter dari tanah.

Apa yang pasti, aktiviti ini pasti akan mendedahkan anda sekeluarga dengan persekitaran yang menarik sepanjang titian itu. Ia dapat menaikkan sedikit rasa adrenalina kerana ketinggiannya, tapi apabila anda melaluinya dan mengamati setiap sudut pandangan yang ada, ia akan jadi satu aktiviti yang bermakna.

Alamat: FRIM Mata Ayer, Perlis

Harga kemasukan: RM 5.00 (Dewasa) dan RM 3.00 (Kanak-kanak)

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 4.00 petang (Setiap hari)

10. Taman Ular Dan Reptilia Perlis

Tempat terakhir yang ada di dalam senarai kita kali ini lebih mencabar untuk mereka yang mungkin tak berapa gemar dengan reptilia. Taman Ular dan Reptilia Perlis menawarkan pengalaman percutian yang tak dapat dilupakan dan ia lebih menarik jika dibuat bersama keluarga.

Inilah masa yang terbaik untuk mendidik anak-anak kecil mengenali hidupan liar yang kita mungkin jarang lihat pada hari-hari biasa. Kalau adapun, kita mungkin akan panggil bomba atau lari jauh-jauh. Di sini, anda dapat lihat lebih 150 spesies ular dan juga beberapa haiwan reptilia lain dengan lebih dekat dalam keadaan selamat. Ular yang terdapat di sini merangkumi ular tempatan dan antarabangsa ular Sawa dan ular Tedung Selar serta ular Kapak. Tiada yang lebih menarik daripada itu, bukan?

Alamat: Taman Ular dan Reptilia Perlis, Jalan, Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis

Harga kemasukan: RM 10.00 (Dewasa) dan RM 5.00 (Kanak-kanak)

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap hari)

Buat Rancangan Perjalanan dengan Traveloka

Jadi, tunggu apa lagi? Sudah tiba masanya untuk bawa semua ahli keluarga anda dan bertolak ke Perlis. Tapi, kalau anda nak memudahkan kerja anda untuk merancang perjalanan anda. Kita semua faham betapa sukar kadang-kadang untuk rancang percutian keluarga. Oleh itu, Traveloka telah menaiktarafkan sistem mereka untuk memenuhi tiga aspek utama dalam setiap percutian, iaitu penerbangan, penginapan dan aktiviti.

Tiket penerbangan yang ditawarkan di Traveloka merangkumi semua jenis syarikat penerbangan yang anda boleh bayangkan. Bukan sahaja daripada jenis syarikat penerbangan tapi kami ada variasi harga tiket yang boleh menepati bajet anda.

Untuk penginapan pula, Traveloka mempunyai koleksi jenis penginapan daripada hotel mewah lima bintang kepada vila, iaitu lebih sesuai untuk percutian keluarga. Resort-hotel kami juga sangat mesra bajet, jadi anda akan temui banyak pilihan yang memenuhi cita rasa dan keperluan anda.

Kadang-kadang nak tempah tiket untuk aktiviti-aktiviti yang tersedia di Perlis agak leceh dan berisiko tinggi jika anda ingin beli tiket ketika sudah berada di sana. Oleh itu, Traveloka mengembangkan modal perniagaan mereka untuk menawarkan tiket aktiviti supaya perancangan anda tak terganggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *